Kamis, 30 Januari 2014

Kalam Nasihat Habib Abu Bakar Al Adni hafizahullah

Kalam Habib Abu Bakar Al-Adni hafizahullah di Masjid Baabad sempena Ziarah Kubro Nabi Allah Hud a.s di Wadi Al-Ahqaf, Syaaban 1433H

"Marilah kita merenung kembali bagaimana keadaan umat Islam sebelum ini. Mereka menjadikan Islam sebagai cara hidup. Kehidupan Islam di dalam pelbagai lapangan kehidupan. 

Namun hari ini, kita dapat menyaksikan dengan sangat jelas akan berada banyak umat islam yang menjaga agamanya. Terlebih lagi anak-anak muda kita, samada lelaki dan wanita. Lelakinya dengan kehidupan mudanya, tanpa memikirkan tanggungjawab dan tugas seorang lelaki muslim. Wanita pula banyak yang melupakan agamanya sehingga sanggup di antara mereka menjual agamanya demi keseronokan kehidupan dunia.

Islam bukan lagi menjadi tanggungjawab mereka untuk menjaganya. Islam tidak lagi dibanggakan oleh mereka sebagai satu agama yang hak dan benar. Islam umpama pakaian yang boleh dicabut serta merta tanpa perlu memikirkan akibatnya. Islam tidak lagi menjadi agama yang boleh dibanggakan. Berapa banyak negara Islam di dunia ini yang boleh dibanggakan dengan agamanya?. Islam hanya menjadi retorik semata-mata.

Amat menyedihkan sekali apabila kini kerosakan itu menular dalam kehidupan kita di sini. Betapa kuat para Auliya dan ulama kita terdahulu memasukkan Islam dan iman dalam diri generasi mereka, sehingga kesan kebaikannya kita perolehi hingga kini. Akan tetapi, pengaruh buruk mula meresapi dalam masyarakat Islam kita. Internet, televisyen, bola sepak dan lain-lain menjadi keutamaan. Perjuangan yang didahulukan oleh para ulama sebelum kita telah menyediakan satu benteng kukuh demi menjaga anak muda kita.

Kita seharusnya bersyukur kerana Allah swt memilih tempat kita, Negeri kita, dan negara kita sebagai tempat terpilih dengan kehadiran Nabi Allah Hud a.s. Nikmat itu ditambah lagi dengan penghijrahan Saidina Ahmad Bin Isa Al-Muhajir r.hu. Maka darinya berkembang dan bertebaran para auliya dan para ulama yang hingga kini tidak putus- putus. Ini kemulian yang Allah s.w.t berikan kepada kita. Kita harus lebih bersyukur dan menghargai apa yang Allah s.w.t telah muliakan kita dengannnya.

Kini, kemulian yang Allah s.w.t berikan kepada kita, kita cemari dengan pelbagai kerosakkan. Anak muda kita tidak lagi mahu memakai kemulian yang Allah s.w.t berikan kepada kita. Di waktu maghrib Ada lagi anak muda kita yang masih di lalaikan dengan Internet. Mereka sibuk dengan dunia yang Allah s.w.t telah berikan peringatan "dunia itu tempat tipu daya". Mereka dilupakan tentang kemulian yang Allah s.w.t berikan kepada mereka. Sedangkan berapa ramai mereka yang dari luar datang ke tempat kita untuk mendapatkan kemulian itu.

Kita bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana Allah s.w.t masih lagi memberikan kita nikmat kemuliaan itu dengan hadirnya Habib Umar Bin Muhammad BenHafidz hafizahullah. Seorang pendakwah kepada Allah s.w.t yang mempunyai kekuatan, ketajaman akal, dan penuntun hati sehingga memberi daya penarik kepada hati manusia yang lalai untuk kembali kepada Islam. Kepetahan dan keluasan ilmu sehingga mampu berdakwah ke seantero dunia. Ini kemuliaan yang masih Allah s.w.t berikan kepada kita. Dengan adanya ulama muda seperti beliau, diharap Allah s.w.t tidak menarik kembali kemuliaan yang telah diberikan kepada kita.

Bahkan, menyebar luaskan kemuliaan itu agar terus menerus memberikan hidayah kepada umat Islam. Umat Islam memerlukan bimbingan dan tarbiyah hati yang menuntun kepada jalan maksiat. Semoga usaha dakwah ulama terdahulu diteruskan oleh beliau dan moga Allah membuka sekalian hati yang mendapat pencerahan dari beliau. Moga Allah s.w.t merahmati kita semua dengan kemuliaan ini dan memberikan petunjuk kepada kita. Semoga Allah s.w.t meletakkan kita ditempat yang seharusnya diletakkan iaitu di bawah panji Saiyyidina Muhammad saw.."

Tidak ada komentar:

Posting Komentar