Jumat, 14 Februari 2014
Denda RM20 Juta – MAS Dan AirAsia Akan Jawab MyCC
Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia akan memberikan alasan dan jawapan bertulis kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berikutan hukuman denda RM20 juta ke atas kedua-dua syarikat berkenaan.
MAS berjanji akan mengemukakan jawapan bertulis kepada pihak itu sebelum 18 Oktober ini.
Dalam satu kenyataan semalam, MAS berkata syarikat itu kini sedang mengkaji semula keputusan denda berkenaan bersama pasukan peguamnya.
Semalam MAS dan AirAsia dikenakan denda sebanyak RM10 juta masing-masing selepas didapati melanggar Akta Persaingan 2010 di bawah bidang kuasa MyCC.
AirAsia pula dalam kenyataannya menafikan bahawa ia melanggar akta berkenaan.
“AirAsia sentiasa meletakkan pematuhan sebagai keutamaan kami, dan mengambil langkah yang perlu untuk memastikan bahawa perkiraan kerjasama itu adalah sejajar dengan undang-undang dalam semua segi
“Justeru, syarikat akan mengkaji semula perkara itu dengan peguam dan mengemukakan jawapan kepada MyCC dalam tempoh yang diberikan,” katanya.
MAS, AirAsia dan AirAsia X Sdn Bhd pada 9 Ogos 2011 memeterai perjanjian kerjasama di bawah Rangka Kerja Kerjasama Komprehensif (CCF) dengan tujuan memberi tumpuan kepada kecekapan utama, mengtinjauankan produk yang lebih baik dan memberi pilihan kepada pengguna
Perjanjian itu turut membabitkan Khazanah Nasional Bhd dan Tune Air Sdn Bhd, iaitu syarikat induk kepada AirAsia memeterai perjanjian pertukaran saham, yang menyaksikan Tune Air menguasai 20.5 peratus saham MAS dan Khazanah Nasional pula memegang 10 peratus saham AirAsia.
Kedua-dua pihak juga bersetuju bahawa MAS akan menjadi syarikat perkhidmatan penerbangan penuh premium, AirAsia menjadi syarikat penerbangan kos rendah serantau, manakala AirAsia X pula sebagai syarikat penerbangan kos rendah jarak sederhana dan jauh.
Pada kenyataan MyCC semalam, Pengerusi MyCC Tan Sri Siti Norma Yaakob berkata, sepanjang pemeteraian pakatan itu, MyCC mendapati kedua-dua syarikat penerbangan itu jelas mencabuli Akta Persaingan dengan bertindak berkongsi pasaran penerbangan dalam negara.
“Perkongsian pasaran dianggap pencabulan yang serius di bawah akta itu kerana ia dianggap mempunyai tujuan mencegah dengan tahap ketara, menyekat atau mengganggu persaingan dalam apa-apa pasaran bagi barangan dan perkhidmatan.
“Apabila sesebuah syarikat bersetuju untuk berkongsi pasaran, mereka bersetuju untuk berhenti bersaing dengan mengambil kesempatan atas perbelanjaan pengguna,” katanya.
Menurut Siti Norma, jumlah denda yang dikenakan adalah berdasarkan pendapatan yang diperoleh MAS dan AirAsia antara 1 Januari 2012 dan 30 April 2012 bagi laluan Kuala Lumpur-Kuching, Kuala Lumpur-Kota Kinabalu, Kuala Lumpur-Sandakan dan laluan Kuala Lumpur-Sibu.
Jumlah yang dikenakan itu adalah kurang daripada 10 peratus pendapata yang diperolehi oleh MAS dan AirAsia daripada operasi mereka di seluruh dunia antara Januari dan April tahun lepas.
Related Posts : –,
airasia,
akan,
dan,
denda,
jawab,
juta,
mas,
mycc,
rm20
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar