Senin, 16 Desember 2013

Kisah Disebalik Cinta Pandang Pertama

Cinta pandang pertama adalah cinta yang lahir dari hati yang suci dimana perasaan cinta itu timbul bukannya di ada-adakan atau disengajakan tetapi perasaan cinta itu timbul kerana tertarik pada si dia sama ada dari segi paras rupa, tingkah laku ataupun sifat yang ada seseorang itu.NotaHati yakin dan pasti semua dikalangan kita akan melalui detik yang cukup istimewa di awal perhubugan cinta. Ada yang pada mulanya hanya kawan biasa dan secara tidak sengaja jatuh cinta. Ada pula yang hanya kenalan biasa tetapi setelah lama bermesra akhirnya jatuh cinta juga.Bagaimana pula bagi anda yang jatuh cinta pada pandang pertama?!Usah panik!, berikut adalah tips- tips yang mungkin berkesan untuk anda.

1. Bina Komunikasi

Berusaha untuk mendapatkan nombor telefon si dia dengan apa cara sekali pun. Hubungi si dia dan perkenalkan diri anda secara jujur. Berterus-terang kepada si dia mengenai niat anda untuk berkenalan.(Peringatan!: Jangan sesekali cuba untuk berbohong mengenai identiti dan niat anda)

2. Ajak Si Dia Untuk Keluar Bersama- Sama

Satu-satunya cara nak mengenali si dia dengan lebih lanjut adalah mengajak si dia untuk keluar bersama anda. Anda boleh mengajak si dia untuk menonton wayang, makan malam, ataupun bersiar-siar di pusat membeli belah. Sepanjang detik itu, cuba untuk mengenali si dia dengan lebih lanjut.Jangan terburu-buru untuk megatakan yang anda telah jatuh cinta, ingat kembali niat pertama anda. Sekadar untuk berkenalan

3. Kekalkan Momentum Hubungan Anda Dan Si Dia

Kereta yang bergerak jika anda berhenti daripada menekan pedal minyak akhirnya akan perlahan dan berhenti. Begitu juga hubungan anda dengan si dia, sentiasa bahagikan masa anda dengan betul untuk berhubung dengan si dia. Kekalkan momentum perhubungan ini sehingga anda dapat rasakan sendiri respond positif daripada si dia.Sebagai contoh, si dia mula rindukan anda apabila anda tidak melayannya, memerlukan anda disaat si dia berhadapan dengan masalah, si dia mahukan hari-harinya sering bersama dengan anda, dan banyak lagi respond positif yang anda sendiri akan perasan.Jika anda yakin dan pasti maka tunggu apa lagi, sambarlah peluang tersebut! Miliki si dia segera sebelum si dia dirampas oleh orang lain.Jika hasilnya negatif, usah risau… Ulangi tips 2 dan 3 sehingga anda mendapat respond yang positif. Jika hasilnya tetap negatif, usah buang masa anda! Cari yang lain dan anda perlu terima hakikat.

Sumber: glamsz.com


Tidak ada komentar:

Posting Komentar