Kamis, 19 Desember 2013
Polis Di Serang Dengan Parang Di Hospital Sarawak
Polis Di Serang Dengan Parang Di Hospital Sarawak | Seorang lelaki yang enggan tinggal di wad sebaik pulih daripada rawatan selepas lebih 24 jam tidak sedarkan diri cuba melarikan diri dan menyerang polis dalam kejadian di Hospital Umum Sarawak (HUS), di sini, kira-kira 4.30 petang semalam.
Dalam kejadian petang itu, lelaki berkenaan yang tidak mempunyai pengenalan diri cuba lari dari hospital dengan membawa dua parang bersamanya. Menurut jurucakap polis, difahamkan lelaki terbabit ditemui pengsan di tengah bandar tengah hari, kelmarin dan dibawa ke hospital untuk rawatan.
Katanya, dia dipercayai diserang sawan dan lelaki itu turut membawa dua parang bersamanya.
"Selepas lebih 24 jam tidak sedarkan diri, dia terjaga dan ingin keluar daripada wad. Pegawai perubatan tidak membenarkan, malah mengarahkan supaya tinggal lebih lama di hospital untuk rawatan lanjut.
"Mangsa terus melarikan diri dengan dua parangnya dengan dikejar pegawai perubatan bertugas. Sebaik tiba di perkarangan rumah mayat, kebetulan sepasukan polis berada di sana dan cuba menahannya," katanya ketika ditemui di HUS.
Bagaimanapun, suspek enggan memberikan kerjasama dan menyerang polis dengan menggunakan parang miliknya.
Lelaki terbabit ditahan dan hasil pemeriksaan awal dia berasal dari Desa Wira. Dia kemudiannya dihantar ke wad semula untuk rawatan lanjut. sumber
Related Posts : dengan,
di,
hospital,
parang,
polis,
sarawak,
serang
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar