Kamis, 26 Desember 2013

Mahkamah Tinggi batal saman fitnah Zahid terhadap Rafizi

OLEH JENNIFER GOMEZ August 21, 2013
Saman fitnah yang difailkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap Rafizi Ramli (gambar) dibatalkan pagi ini selepas Rafizi mengaku di mahkamah bahawa menteri dalam negeri itu tidak menyalahgunakan kuasanya dan tiada peranan dalam keputusan Boustead Holdings Berhad untuk transaksi bagi memperoleh saham dan tanah Astacanggih Sdn Bhd.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menjelaskan bahawa ia bukan satu permintaan maaf, tetapi hanya penarikan semula kenyataan yang silap dalam artikel membabitkan Ahmad Zahid yang pada ketika itu menjawat jawatan menteri pertahanan.

“Oleh kerana menteri sudah menjelaskan perkara itu, saya menerima penjelasannya dan maka menyatakan bahawa beliau tidak menyalahgunakan kuasanya dan tidak memainkan peranan dalam keputusan Boustead Holdings untuk masuk dalam transaksi itu,” katanya. - 21 Ogos, 2013.
The Malaysian Insider

Tidak ada komentar:

Posting Komentar