Sabtu, 28 Desember 2013

Pemimpin PKR Disabitkan Akta Perhimpunan Aman



SETIAUSAHA Kerja Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri Johor R Yunewswaran menjadi individu pertama disabitkan kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman selepas Mahkamah Sesyen Johor Bahru memerintahkan beliau membayar denda RM6,000.

Hukuman itu dijatuhkan ekoran kegagalan Yuneswaran memberikan notis lebih awal kepada polis untuk menganjurkan satu perhimpunan di negeri itu.

Beliau juga bakal menjadi individu pertama dipenjarakan di bawah akta sama selepas enggan membayar dend tersebut sebagai membantah keputusan Hakim Mohd Jamil Hussin.

Dalam penghakimannya Mohd Jamil berkata Yuneswaran gagal memberikan notis 10 hari lebih awal kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk menganjurkan perhimpunan Black505 di Ulu Tiram Johor seperti dikehendaki dalam akta itu.

Ekoran keengganannya membayar denda, beliau akan meringkuk dalam penjara selama tiga bulan di Penjara Ayre Molek.

Peguam Yuneswaran, Hassan Karim dalam hujah pembelaannya berkata Yuneswaran bukanlah penganjur perhimpunan sebaliknya ia dimohon bagi pihak Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng.

“Kami tidak menafikan bahawa notis itu dimohon kurang dari masa 10 hari, tetapi ketika mengisi borang berkenaan, tertuduh mengisi nama Datuk Chua Jui Meng dan menandatanganinya bagi pihak Datuk Chua.

“Isunya anak guam saya bukan penganjur perhimpunan, penganjur ialah Datuk Chua tetapi hakim bersetuju dengan hujah pendakwaan bahawa Yuneswaran adalah penganjurnya kerana beliau mengisi borang itu dan menandatanganinya,” katanya memetik laporan The Malay Mail Online.

Menurut Hassan pihak pembelaan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Johor Bharu esok.

Akta Perhimpunan Aman dikuatkuasakan April tahun lepas digubal untuk menggantikan Seksyen 27 Akta Polis yang memerlukan penganjur perhimpunan orang ramai untuk memohon permit polit.

Dibawah undang-undang baru itu, para penganjur tidak perlu lagi meminta kebenaran dari pihak berkuasa sebaliknya hanya perlu memberikan notis 10 hari sebelum perhimpunan di adakan.

Kegagalan berbuat demikian, pesalah akan didenda maksium RM10,000.

Sumber : The Malay Mail Online

Tidak ada komentar:

Posting Komentar